Saturday 23 June 2012


SELOKA
Menurut Harun Mat Piah,1989,
-berasal daripada perkataan Sanskrit,seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada 2 baris atau 2 kerat.
-setiap satunya mengandungi 16 suku kata.
-disusun dalam 4 unit.
-dalam kesusasteraan melayu tradisional,seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap,(sama ada berangkap ataau tidak).
-jika berangkap = tidak tentu barisnya dalam serangkap.
                             = tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris.
-boleh mempunyai rima atau tidak.
-biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
-seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama.
-kadangkala seloka sama dengan peribahasa berirama.
-seloka mengandungi nada-nada ejekan dan nada-nada sinis;menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut.
-seuntai seloka merujuk kepada cerita jenaka yang benar-benar dikendalikan dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk,cerita Pak Pandir,cerita Pak Lebai Malang,cerita Emak Si Randang.
-bertujuan untuk menyindir anggota masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
-mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut.
-sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek,menyindir,dan menempelak,dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.


Fungsi seloka
-seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
-digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negative anggota masyarakat.
-fungsi amat bergantung kepada isinya :-
         =untuk menyindir seseorang
         =untuk mengejek seseorang
         =untuk menempelak seseorang
         =untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia
         =untuk sumber pengajaran dan panduan kepada seseorang
         =sebagai alat kawalan sosial/protes sosial







SELOKA PANDAI PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelangjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung.
Apa didengar gelagat dagang
Gelagat rambutan jantan :
Orang berbunga,dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan.


Maksud seloka :

Pak Pandir merupakan seorang yang mementingkan orang luar berbanding ahli keluarganya sendiri. Dia juga seorang yang menjaga orang yang menjaga orang yang mendatangkan kemudaratan sehinggakan hartanya habis serta bawaannya tergadai. Pak Pandir terlalu mendengar kata-kata pendatang sehingga tidak sedar dirinya ditipu. Pak Pandir mendengar cerita yang tidak pasti akan kesahihannya lagi tetapi sudah menghabiskan harta yang ada. Si dagang menyuap makanan tetapi pada masa yang sama melakukan kejahatan dengan berpura-pura baik. Segala akibat buruk,Pak Pandir juga yang menanggung. Tidak berguna mendengar kata-kata orang luar kerana kata-kata mereka tidak boleh dipercayai. Akhirnya Pak Pandir juga yang kerugian.



Ciri-ciri seloka :

·        Terdiri daripada satu rangkap seloka yang mempunyai 17 baris.
·        1 baris terdiri daripada 3 hingga 5 patah perkataan.
Ø  Contoh : baris 4 (3 patah perkataan )
Mendengar gelagat dagang

Ø  Contoh : baris 16 (5 patah perkataan )
Kilat memancar hujan tak jadi

·        1 baris mempunyai 7 hingga 10 suku kata.
Ø  Contoh : baris 10 (7 suku kata )
Gun/ting/ ma/kan/ di/ hu/jung/

Ø  Contoh : baris 1 (10 suku kata )
A/nak/ di/pi/jak/ da/gang/ di/jin/jing/

·        Rima akhir seloka ini bebas / tidak terikat.
·        Seluruh baris merupakan kesatuanh idea (berkait ).
·        Seloka ini mempunyai jeda.
·        Seloka ini bernada sinis,iaitu nada menyindir,menempelak,ataupun mengejek.


Nilai-nilai estetika yang terdapat dalam seloka :

o   Ansonansi
-merupakan pengulangan huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat
-contoh : pengulangan vokal a

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelangjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung.
Apa didengar gelagat dagang
Gelagat rambutan jantan :
Orang berbunga,dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan.

o   Aliterasi
-merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
-contoh : pengulangan konsonen n

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelangjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung.
Apa didengar gelagat dagang
Gelagat rambutan jantan :
Orang berbunga,dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan.

o   Personafikasi
-sifat manusia yang diberi pada objek tidak bernyawa atau benda
-contoh :
Gunting makan di hujung

o   Hiperbola
-menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
-contoh :
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelangjang

o   Sinkof
-singkatan perkataan dalam ayat
-contoh :
Tak sedar bertelanjang
Kilat memancar hujan tak jadi

o   Anafora
-pengulangan kata di awal ayat
-contoh :
Orang berbunga,dia berbunga
Orang berbuah dia haram

o   Responsi
-pengulangan kata ditengah ayat
-contoh :
Mendengar gelagat dagang
Apa di dengar gelagat dagang

Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram

o   Epifora
-pengulangan kata di akhir ayat
-contoh :
Mendegar gelagat dagang
Apa di dengar gelagat dagang

o   Paradox
-pertentangan ayat
-contoh :
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela

o   Peribahasa
-contoh :
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cucuk onak


Aspek pemikiran masyarakat :

§  Masyarakat yang mementingkan orang luar
Pak Pandir yang mementingkan pedagang daripada keluarga sendiri sehingga sanggup mengabaikan keluarga.

§  Masyarakat yang suka mendengar ikhabar angin
Walaupun khabar yang didengar belum tentu kepastiaannya,Pak Pandir sudah menghabiskan apa yang dia ada.

§  Masyarakat yang mudah terpedaya
Pak Pandir leka mendengar kata-kata pedagang sehingga dirinya di tipu.



SYAIR
-merupakan sejenis puisi berlagu
-berasal daripada Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.
-diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu klasik.
-A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.
-syair juga telah wujud sebelum kejatuhan kerajaan Melaka.
-kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah dijumpai di Minye Tujuh,Acheh.
-Za’ba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan ‘syir’ yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang menarik dan indah.
-disampaikan dalam bentuk rangkap.
-tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus.
-dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama.


Ciri-ciri syair            
-terdiri daripada 4 baris serangkap. (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 @ 3 rangkap)
-tidak mempunyai pembayang maksud.
-tergolong dalam jenis puisi kata.
-bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan.
-8-12 suku kata dalam satu baris.
-skema rima akhir a-a-a-a.
-dalam satubaris syair terdapat satu hentian (pause)
-syair perlu dilagukan untuk membentuk nyanyian.
-mengungkapkan pengajaran dan pemberitahuan.


Jenis syair
a.Syair berupa naratif (cerita)
   -syair sejarah
      Cth: syair potong gaji
   -syair romantic
      Cth: syair jeragan budima dan jauhar manikam
   -syair simbolik/kiasan
      Cth: syair perahu

b.Syair berupa bukan naratif (bukan cerita)
   -syair agama
      Cth: syair kiamat
   -syair nasihat
      Cth: syair kelebihan ilmu
   -syair teka teki


Fungsi syair
-sebagai hiburan
   =sesuai dengan sifatnyayang demikina maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis seperti pesta keramaian,dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
-alat untuk menyampaikan pengajaran
   =dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman,rukun sembahyang,zakat,puasa dan sebagainya.
-kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
-ketika sambaut maulud
-sebagai mengiring tarian-tarian tertentu
   =dabus dan boria
-digunakan dalam adat perkahwinan.







SYAIR IKAN TERUBUK


Latar belakang:

            Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.

            Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

            Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.

            Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri agraris lainnya.
            SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.


Maksud Syair mengikut rangkap:

 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.

 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .

 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
  
 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.

 Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.

 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.

 Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.

 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).

 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.

 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.

 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.

 Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.

 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.

 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .

 Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.

 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.


Sinopsis:

Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
            Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
            Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
            Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.


Ciri-ciri Syair


Fakta
Terdiri daripada empat baris serangkap
Huraian
Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris
Contoh
Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam,
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan Islam.
           

Fakta
bilangan patah perkataan
Huraian
Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan
Contoh
3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 :
Eloknya tidaklah ternilai

5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2
Di dalam kolam konon tempatnya


Fakta
Bilangan suku kata
Huraian
Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata
Contoh
8 suku kata-rangkap 14 baris 2
Datang dari Tanjung Balai

13 suku kata-rangkap 16 baris 2
Perkataan puteri terhentilah ia
  

Fakta
Rima akhirnya
Huraian
Rima akhir syair ini tetap iaitu a-a-a-a
Contoh
Mula dikarang ikan terubuk,
Lalai memandang ikan di lubuk,
Hati dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubuk.



Kepentingan Karya

            3.1 Sebagai hiburan
            3.2 Alat menyampaikan pengajaran
            3.3. Alat Sindiran


Aspek estetik

Aspek Estetika bahasa


Fakta
Penggunaan bahasa asing
Huraian
Penggunaan bahasa arab dalam syair
Contoh
Rangkap 1 baris 1-bismillah
Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam
Rangkap 1 baris 3-rahmat
Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam
Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi


Fakta
Metafora
Huraian
Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat
Contoh
Rangkap 20 baris 2
Rangkap 22 baris 1

Fakta
Hiperbola
Huraian
Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh
Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta
Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya


Fakta
Personafikasi
Huraian
Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda
Contoh
Rangkap 13 baris 2-turunlah rebut dengan segera
Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut


Fakta
Simile
Huraian
Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai
Contoh
Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut


Fakta
Kata ganda berirama
Huraian
Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata
Contoh
Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak keruan
Rangkap 9 baris 4-siang dan malam igau-igauan
Rangkap 16 baris 3-belumlah sampai daya upaya




Tema:
            Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .



 Persoalan:

·         Persoalan percintaan .
Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut.
Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.


·         Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa
 Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa,
Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah  agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.


·         Persoalan tentang kerinduan
Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.
 Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.


·         Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja)
 Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.
Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.


·         Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh
 Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan.
 Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.


·         Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.
Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik,
Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.


·         Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan
Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.
Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.


·         Persoalan tentang putus asa / kecewa
 Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana




Aspek pemikiran masyarakat dalam karya


1.         Perbezaan darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2.         Keagungan tuhan      
Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon    bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak   ikan terubuk.

3.         Konsep daulat.
Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.

4.         Kejadian luar biasa.
Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah .  Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair  ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.


Nilai kemanusiaan:

            i.          Nilai kasih sayang
            ii.         Keberanian
            iii.        Kegigihan
            iv.        Keyakinan


Nilai kemasyarakatan
           
            i.          Kerjasama
            ii.         Kesetiaan kepada pemerintah


Nilai kepercayaan

            i.          Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.
            ii.         Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa



Nilai Keagamaan

            i.          Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam
            ii.         Limpahan rahmat untuk semua makhluk.       


Citra watak

            Latar belakang watak ikan Terubuk dan Puteri puyu-puyu

Fakta
Ikan Terubuk
Puteri Puyu-puyu
 Asal
Air masin
Air tawar
Gelaran
Raja seripada
Puteri puyu-puyu
Pemerintah
Melaka
Tanjung padang