ANALISIS PANTUN BUDI
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang nyawa dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik di kenang juga.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
·
Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
·
Merupakan
pantun 4 kerat.
·
Bertemakan
budi.
·
Ciri-ciri
pantun di atas adalah seperti berikut :







·
Terdapat
nilai-nilai estetika dalam pantun
budi di atas. Nilai-nilai tersebut ialah :

§ Merupakan pengulangan huruf vokal.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Pulau Pandan jauh ke
tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung
tanah,
Budi baik di kenang juga.
Rangkap 3
Pengulangan vokal a :
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mulik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak
junjung.

§ Merupakan pengulangan huruf konsonen
iaitu selain huruf vokal.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
pengulangan konsonen b :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas
peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Rangkap 2
Pengulangan konsonen n :
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik becabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Rangkap 3
Pengulangan konsonen n :
Tenang-tenang air
dilaut,
Sampan kolek mudik ke
tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

§ Merupakan sifat manusia yang diberi
kepada kepada benda atau sesuatu yang tidak bernyawa.
§ Berdasarkan pantun ;
“ Tenang-tenang air dilaut “
Tenang merupakan sifat
manusia,manakala air adalah objek yang tidak bernyawa.
“ Budi baik rasa nak junjung “
Budi sesuatu yang tidak
bernyawa,jinjung dilakukan oleh manusia.

§ Menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan.
§ Berdasarkan pantun ;
“ Hutang budi dibawa mati “
“ Budi baik rasa nak junjung “

§ Pengulangan kata di awal baris.
§ Berdasarkan pantun ;
“ Hutang emas boleh dibayar “
“ Hutang budi dibawa mati “

§ Pengulangan kata di tengah baris.
§ Berdasarkan pantun ;
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
·
Terdapat
beberapa nilai yang diperolehi dalam pantun tersebut. Antaranya ialah :
i.
Nilai
masyarakat yang prihatin
o
Masyarakat
yang mengingatkan bahawa budi merupakan sesuatu yang harus kita ingat dan bukan
sesuatu yang dipandang remeh.
o
Contoh
:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
o
Walaupun
seseorang itu telah mati,budi yang pernah ditaburkan akan sentiasa diingati.
ii.
Nilai
masyarakat yang mengagungkan budi
o
Masyarakat
mengagungkan budi atau meletakan budi sesuatu yang tinggi.
o
Contoh
:
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
o
Budi
yang ditaburkan kepada seseorang itu sangat di pandang sebagai sesuatu yang
tinggi sehinggakan terasa ingin menjunjung budi tersebut.
·
Sewaktu
membaca pantun ini,saya merasakan betapa masyarakat Melayu memandang budi
sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya meskipun budi
yang
ditaburkan tidaklah sebegitu besar. Pantun ini mengingatkan kepada saya agar
tidak memandang budi yang diitaburkn sebagai sesuatu yang remeh.
ANALISIS PANTUN AGAMA
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
·
Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
·
Pantun
di atas merupakan pantun 4 kerat.
·
Bertemakan
keagamaan.
·
Ciri-ciri
pantun agama di atas adalah seperti berikut :







·
Terdapat
unsur-unsur estetika dalam pantun
tersebut. Unsur-unsur tersebut ialah :

§ Merupakan pengulangan huruf vokal
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi
Muhammad.
Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Anak
ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang
subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

§ Pengulangan huruf konsonen iaitu
selain huruf vokal.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi
Muhammad.
Rangkap 2
Pengulangan konsonen n :
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal
sembilan,,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

§ Sifat manusia yang diberikan kepada
objek atau benda yang tidak bernyawa.
§ Berdasarkan pantun ;
“ Tidak semulia hari Jumaat “
Mulia merupakan sifat atau
keperibadian manusia yang diberikan kepada hari Jumaat yang merupakan objek
tidak bernyawa.

§ Abstrak dan konkrit
§ Berdasarkan pantun;
“ Minta ampun kepada Tuhan “
Minta ampun ialah perbuatan manusia
yang dapat dilihat manakala Tuhan merupakan sesuatu yang wujud tetapi tidak
dapat dilihat.

§ Pengulangan kata dalam baris yang
sama.
§ Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

§ Pengulangan kata di awal baris.
§ Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nbi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

§ Pengulangan kata di tengah ayat.
§ Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

§ Kata-kata yang diterbalikkan tidak
mengikut tatabahasa.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
“ Banyak hari antara hari “
-sepatutnya antara banyak hari-hari
“ banyak nabi antara nabi “
-sepatutnya antara banyak-banyak hari
·
Terdapat
juga nilai-nilai dalam pantun di atas. Antaranya ialah :
a) Nilai keimanan seseorang hamba kepda
Allah.
Ø Contoh :
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.
Ø Menunjukkan keimanan seseorang hamba
kepada Allah dengan menunaikan solat subuh serta memohon ampun kepada Allah.
b) Nilai kemuliaan.
Ø Contoh :
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Ø Kemulian hari Jumaat berbanding
hari-hari lain serta kemuliaan Nabi Muhammad di antara semua nabi.
·
Perasaan
ketika membaca pantun ini ialah menimbulkan rasa keinsafan pada diri. Ini
kerana pantun ini menerangkan betapa mulianya hari Jumaat berbanding hari lain
serta diantara nabi-nabi,Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling mulia. Selain
itu,pantun ini memberi peringatan supaya kita menunaikan solat subuh seterusnya
memohon ampun kepada Allah.
ANALISIS PANTUN KASIH SAYANG
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
·
Puisi
tradisional ini merupakan sejenis pantun.
·
Merupakan
pantun 4 kerat.
·
Bertemakan
kasih sayang.
·
Ciri-ciri
pantun di atas ialah :







·
Terdapat
unsur-unsur estetika dalam pantun ini. Unsur-unsur tersebut ialah :

§ Merupakan pengulangan huruf vokal.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

§ Merupakan pengulangan huruf konsonen
iaitu selain huruf vokal.
§ Berdasarkan pantun;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Dari mana pipt melayang,
Dari paya turun ke
padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke
hati.
Rangkap 2
Pengulangan konsonen d :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah
teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu
belumlah sembuh.

§ Merupakan sifat manusi yang diberi
kepada objek tidak bernyawa.
§ Berdasarkan pantun ;
§
“ Dari paya turun ke padi “
-turun merupakan sifat yang dilakukan oleh objek bernyawa yang mana telah
diberikan kepada paya yang tidak bernyawa.

§ Pengulangan kata di awal baris.
§ Berdasarkan pantun ;
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

§ Pengulangan kata di tengah baris.
§ Berdasarkan pantun ;
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

§ Merupakan pengulangan kata dalam
baris yang sama.
§ Berdasarkan pantun ;
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

§ Menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan.
§ Berdasarkan pantun;
Rangkap 2 baris 1 :
“ Air dalam
bertambah dalam “
·
Terdapat
juga nilai-nilai melalui pantun di atas. Antaranya ialah :
v Nilai dari mana datangnya sayang.
v Contoh :
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Ø rangkap ini menunjukkan perasaan
sayang lazimnya datang daripada pandangan kita terhadap seseorang barulah
terbit rasa sayang itu di hati.
v Nilai kerinduan yang tiada
kesampaian.
v Contoh :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.
Ø Dalam rangkap ini pula menjelaskan
kerinduan yang sedia ada pada seseorang itu tidak pernah hilang malah semakin
bertambah.
·
Perasaan
ketika membaca pantun ini menerbitkan rasa sayang di hati. Pantun ini dapat memberi tahu tentang asal usul rasa
sayang itu.
ANALISIS PANTUN NASIHAT
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
·
Puisi
tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
·
Pantun
di atas merupakan pantun 4 kerat.
·
Pantun
tersebut bertemakan nasihat.
·
Cirri-ciri
pantun di atas adalah :







·
Terdapat
juga unsur-unsur estetika dalam pantun di atas :

§ Merupakan pengulangan huuf vokal.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Tanam bunga dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Rangkap 2
Pengulangan vokal i :
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati menari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke
mana pergi
dibenci
orang.

§ Pengulangan huruf konsonen.
§ Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Janganikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
Rangkap 2
Pengulangan konsonen g :
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari
sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci
orang.

§ Pengulangan kata di awal baris.
§ Berdasarkan pantun ;
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

§ Pengulangan kata dalam baris yang
sama.
§ Berdasarkan pantun ;
Tanam bunga didalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
·
Terdapat
juga nilai-nilai melalui pantun ini,iaitu :
v Nilai kesedaran.
v Contoh : rangkap pertama.
v Rangkap pertama memberi peringatan agar
kita tidak mengikut hawa nafsu kerana apabila kita mengikut hawa nafsu,di
kemudian hari kelak kita akan binasa.
v Nilai masyarakat yang membenci sifat
meninggi diri dan sombong.
v Contoh : rangkap kedua.
v Rangkap ini menerangkan bahawa sifat
tersebut tidak seharusnya di amalkan oleh sesiapa pun.
·
Perasaan
sewaktu membaca pantun ini adalah menimbulkan rasa keinsafan atau kesedaran
kepada saya agar tidak mengikut hawa nafsu serta mengamalkan sifat menyombong.
No comments:
Post a Comment