Monday 18 June 2012



PANTUN 2 KERAT
Contoh :
siakap senohong gelama ikan duri,
Berckapa bohong lama-lama mencuri.

Pantun sendiri:
Anak itik terenang-renang,
Budi yang baik sentiasa dikenang.

Emak ke pasar membeli ikan,
Sikap sombong jangan diamalkan.


PANTUN 4 KERAT
Contoh :
Anak kecil bermain di tepian,
Tempat si rusa berkejaran juga,
Kasih ibu bermati-matian,
Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Bunga tiung hinggap di perdu,
Hinggap mengunggu hujan berhenti,
Kalau rindu katakana rindu,
Tidaklah hamba ternanti-nanti.

Pantun sendiri :
Kayu jati kayu gaharu,
Hampas santan menjadi berbau,
Sudah menjadi adat melayu,
Tidak boleh dekat sebelum bersatu.

Kecil-kecil si anak rusa,
Jangan di sangka tidak garang,
Kecil mulutnya tetapi berbisa,
Ada saja menyakitkan hati orang.

PANTUN 6 KERAT
Contoh :
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai,
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang,
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Pantun sendiri :
Sakit kaki jalan beribu batu,
Berjalan di hutan mencari kuda,
Semakin hampir semakin hilang,
Jangan sesekali lupakan pesanan guru,
Tuntutlah ilmu semasa muda,
Agar tua sentiasa senang.

Anak mamat makan sagu,
Diambil sagu mukanya berang,
Lalu diberi kepadanya semula,
Anak dara usahlah di ganggu,
Hati tertawan segeralah meminang,
Agar kasihmu tidak tercela.


PANTUN 8 KERAT
Contoh :
Wangi sungguh bau pandan,
Hingga di hidu oleh jiran,
Masakan dibawa ke kampung seberang,
Santapan dengan anak menantu,
Jangan di kesal nasib badan,
Sudah tersurat takdir Tuhan,
Ada hikmah yang mendatang,
Tiadalah siapa akan tahu.

Pantun sendiri :
Jika aurat tidak ditutupi,
Membuat lelaki ingin mendekati,
Ibarat durian tidak berduri,
Ditebuk tupai sesuka hati,
Jika hidup ingin di sanjungi,
Janganlah suka mementingkan diri,
Membuat orang berpuas hati,
Barulah hidup selalu diberkati.

Sungguh indah di malam hari,
Di tepi pantai seorang diri,
Bintang dan bulan menemani,
Sungguh besar kuasa Illahi,
Kasih ibu kasih abadi,
Sanggup berkorban demi anak yang di kasihi,
Pengorbanan ibu jangan sesekali di lupai,
Agar hidup sentiasa di penuhi cahaya Illahi.


PANTUN 10 KERAT
Contoh :
Turun hujan dah petang,
Bunga mawar tumbuhnya subur,
Ditiup angin habis subur,
Dipetik jangan dicabutkan,
Tanaman puteri dari Jawa,
Sudah habis rokok sebatang,
Telah punah sirih sekapur,
Pasar sudah tempat duduk,
Penatlah sahaya menantikan,
Buah hati tak muncul jua.

Pantun sendiri :
Manis di bibir memutar kata,
Janji diukir tidak dikota,
Harapkan diri sentiasa dipuja,
Rakan menjauh tidak disangka,
Ungkapan baru makin nyata,
Begitulah kehidupan manusia,
Sentiasa harapkan sesuatu sahaja,
Tanpa ada niat berusaha,
Hanya ingin senang sahaja,
Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

Sudah menjadi sifat lelaki,
Pantang melihat si dara sendiri,
Ada saja cara ingin memikat,
Tanpa mengira waktu dan tempat,
Asal dapat si dara pingitan,
Jangan suka menabur janji,
Kelak janji memakan diri,
Janganlah sampai diri terikat,
Terikat pada sesuatu yang jahat,
Kelak hidup di jalan syaitan.


PANTUN 12 KERAT
Contoh :
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan  di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

Pantun sendiri :
Wahai teruna idaman Malaya,
Juga si dara yang masih lawa,
Jangan mudah berasa bangga,
Pujian diberi tiada makna,
Jika ilmu tiada di dada,
Mudah ditipu sesiapa sahaja,
Janganlah hidup mengejar dunia,
Bekalan akhirat jangan dilupa,
Alam yang kekal nun jauh disana,
Jika tidak mahu ke neraka,
Buatlah amal sementara di dunia,
Untuk bekalan akhirat sana.

Mengadap komputer sambil makan,
Mencari jawapan untuk soalan,
Soalan bukan sebarang soalan,
Memerah fikiran mencari jawapan,
Sambil mencari maklumat tambahan,
Buat ingatan bersama rakan,
Dengar sini wahai rakan,
Bersama-sama ingat-mengingatkan,
Agar memperoleh keredhaan,
Supaya hidup dalam kebenaran,
Mencari kebenaran di jalan Tuhan,
Bukan mengikut telunjuk syaitan.



PANTUN BERKAIT
Contoh :
Bunga melur cempaka biru        
    Bunga rampai di dalam puana
Tujuh malam semalam rindu       
    Belum sampai padamu tuan

Bunga rampai di dalam puan   
    Ruku-ruku dari Peringgit   
Belum sampai padamu tuan       
    Rindu saya bukan sedikit
    
Ruku-ruku dari Peringgit           
    Teras jati bertalam-talam   
 Rindu saya bukan sedikit           
    Nyaris mati semalam-malam

Teras jati bertalam-talam       
    Kapal berlabuh di lautan sisi
Nyaris mati semalam-malam   
    Bantal dipeluk saya tangisi

Kapal berlabuh di lautan sisi   
    Patah puteri naga-naganya
  Bantal dipeluk saya tangisi       
    Hendak mati rasa-rasanya

Patah puteri naga-naganya   
     Sentakkan layar ke Inderagiri
Hendak mati rasa-rasanya      
     Air ditelan serasa duri

Sentakkan layar ke Inderagiri   
    Ikan todak dalam perahu
 Air ditelan serasa duri               
    Tidur tak hendak makan tak mahu

Pantun sendiri :
Indah sungguh di pagi hari,
Suasana nyaman tenangkan hati,
Udara segar di pagi hari,
Melihat bunga kembang mewangi.

Suasana nyaman tenangkan hati,
Membuat fikiran terasa lapang,
Melihat bunga kembang mewangi,
Terasa hati ingin terbang.

Membuat fikiran terasa lapang,
Selapang lautan luas terbentang,
Terasa hati ingin terbang,
Seperti burung diawangan terbang.

Selapang lautan luas terbentang,
Luas lagi ilmu pengetahuan,
Seperti burung diawangan terbang,
Sukar ditangkap dengan tangan.

No comments:

Post a Comment