Thursday 14 June 2012


Pengertian pantun

-Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya.
-Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan.
-Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.
-Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara.
-Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap.
-Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.
-Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan.
-Dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.


Ciri-ciri pantun

Bentuk
•Bilangan baris
 - baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.

•Pembayang maksud dan maksud.
-Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.

•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.

•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.

•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal.
- Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah abab iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat


•Maksud atau isi
-Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).



•Perkataan
-Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

•Suku kata
-Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

•Rima atau bunyi
-Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.





CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
:-mengandungi 4 kerat/baris
:-jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
:-jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
:-ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
:-bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
:-bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
:-maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
:-sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud
:-mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang
   melahir dan menggunakannya.
 

Jenis Pantun

-Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun
    = pantun adat,
    = agama,
    = nasihat,
    = jenaka,
    = budi dan
    = teka-teki.




Fungsi

- Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri.
- Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran.
- menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai.
- untuk mendidik.
   = Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang utamakan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan.
   =Contoh:
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

  =Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik.
  =Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semualapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah.
  =Contoh :
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

-meluahkan kasih saying dan rindu.
  = Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibudan bapa.
  =Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
  =contoh :
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.


-untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih.
   =Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa.Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi.
    =contoh :
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


-untuk adat-istiadat.
  = Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimahatau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati.
  =contoh :
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.

-untuk sindiran dan tempelak.
   =Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun,masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka.
  =contoh :
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.



-untuk menguji minda dan mencabar ketangkasan fikiran.
  = Pantun- pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang mengujiminda ini dinamakan pantun teka-teki.
  = contoh
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
   

-untuk tujuan hiburan.
  = Pada zaman dahulu, masyarakatMelayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik
  = contoh :
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut.
Melihat tikus pandai bersilat.


-dijadikan lagu untuk hiburan
  =seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.




2 comments:

  1. hasil yang agak baik sebagai permulaan mira..tambahkan dengan pantun-pantun ciptaan kamu yang telah kita buat semasa pnp...tingkatkan usaha anda...insyaallah,kamu akan cemerlang...

    ReplyDelete
  2. unk buat smua skali miera ... rajin .. aq buat satu-2 kot .. sopx3 ..

    ReplyDelete