Monday 16 July 2012


GURINDAM
·        Menurut Ismail Hamid,
*     gurindam berasal daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai.
*     Dalam perkembangan puisi Melayu,gurindam berkembang dalam tradisi Melayu mempunyai bentuk yang tersendiridan kelainan dengan gurindam bahasa Sanskrit.
·        Menurut Raja Ali Haji,
*     Perkataan yang bersajak akhir pasanganya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja.
*     Sajak yang pertama itu syarat,sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
·        Menurut Sultan Takdir Alisahbana,
*     Pembentukan gurindam biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk.
*     Dibahagi menjadi dua baris yang bersajak.
*     Tiap-tiap baris ialah sebuah kalimat,dan perhubungan antara dua buah kalimat itu adalah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat.
·        Menurut Za’ba,
*     Suatu puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap.
*     Mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.
·        Menurut Harun Mad Piah,
*     Sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak
*     Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris
*     Rimanya a,a
*     Beberapa rangkap diperlukan untuk melengkapkan keseluruhan idea


Ciri-ciri gurindam
Ø  Gurindam dan seloka lebih kurang sama iaitu sejenis syair meleret yang tidak teratur
Ø  Berangkap-rangkap
Ø  Tidak tetap sukatnya,timbangannya,dan sajaknya ataupun bebas
Ø  Perbezaan antara seloka dan gurindam ialah :
o   Perbezaan pada keadaan isinya
o   Dan juga bahasanya
Ø  Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas
Ø  Isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian,jenaka,senda gurau,kelakar dan sindiran
Ø  Ada kesempatan untuk melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati


Fungsi gurindam
§  Untuk tujuan pendidikan dan hiburan
§  Sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu
§  Media komunikasi antara ahli masyarakat





NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI


Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perampuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.
MAKSUD
Rangkap 1 : Perempuan yang cantik merupakan hiasan dunia,perempuan yang budiman dan
                       baik perlu dijadikan pasangan hidup.
Rangkap 2 : Perempuan yang bagus menjadi sanjungan orang,tetapi perempuan yang  
                      beriman dipandang mulia.
Rangkap 3 : Suami isteri harus sepakat dalam segala hal untuk mengelakkan salah faham.
Rangkap 4 : Suami merupakan tempat isteri bergantung serta menyerahkan segala nasib
                      isteri kepada suami.
Rangkap 5 : Suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita.
Rangkap 6 : Suami merupakan seorang yang berkuasa dalam rumahtangga.
Rangkap 7 : Suami isteri perlu bersatu untuk menjamin kesejahteraan rumahtangga.


TEMA
Peranan suami isteri dalam rumahtangga.


CIRI-CIRI GURINDAM

Ø  Mempunyai 7 rangkap
Ø  1 rangkap  terdiri daripada 2 baris
Ø  1 baris terdiri daripada 4 hingga 5 patah perkataan
o   Conto 4 patah perkataan (rangkap 1 baris 1 )
Isteri cantik permainan mata
o   Contoh 5 patah perkataan (rangkap 4 baris 2 )
Kepadanya serahkan nasib dan untung

Ø  1 baris mempunyai 10 hingga 12 suku kata
o   Contoh 10 suku kata (rangkap 6 baris 1 )
Sun/gguh/ su/a/mi/ pe/gang/ ku/a/sa/
o   Contoh 12 suku kata (rangkap 4 baris 2 )
Ke/pa/da/nya/ se/rah/kan/ na/sib/ dan/ un/tung/

Ø  Gurindam terikat dengan rima yang sama iaitu a-a
Ø  Merupakan satu kesatuam idea
Ø  Terdapat jeda dalam satu baris
NILAI-NILAI ESTETIKA

*      Ansonansi
§  Pengulangan vokal a,e,i,o,u dalam ayat
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan vokal a

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan konsonen t

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Penggunaan bahasa arab
§  Contoh : rangkap 2 baris 2
Perampuan beriman sangat mulia.

*      Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
§  Contoh : rangkap 2 baris 1
Perempuan bagus suntingan dunia
§  Rangkap 6 baris 2
Jika seorang dia binasa

*      Metafora
§  Abstrak dan konkrit
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus
§  Rangkap 6 baris 1
Sungguh suami pegang kuasa

*      Sinkope
§  Singkatan ayat
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus


PERSOALAN
o   Persoalan perlunya isteri cantik dan budiman untuk jadi pasangan hidup
     Isteri yang cantik merupakan perhiasan dunia,isteri yang budiman mahkota perhiasan.
o   Persoalan perempuan bagus sanjungan ramai.
o   Persoalan perempuan beriman dianggap mulia.
o   Persoalan keperluan persefahaman suami isteri untuk mengelakkan pergaduhan.
o   Persoalan suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita.
o   Persoalan peranan suami dan isteri dalam rumah tangga.
o   Persoalan persefahaman suami isteri perlu untuk kekal hingga ke tua.



TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

MAKSUD :
Rangkap 1 : Kerjasama antara raja & menteri akan membawa kepada Negara yang aman
Rangkap 2 : Kesetiaan kepada raja dapat membawa kepada kemudahan aktiviti yang
                     dijalankan
Rangkap 3 : Raja yang bersikap adil membolehkan raja mendapat dorongan daripada rakyat
                     dengan ikhlas
Rangkap 4 : Orang berilmu perlu dikasihi untuk mendapat rahmat
Rangkap 5 : Orang pandai perlu dihormati agar kita dapat memanfaatkan ilmunya untuk
                      mengetahui baik & buruk


CIRI-CIRI :
§  Terdiri daripada 5 rangkap.
§  1 rangkap mempunyai 2 baris.
§  1 baris,4 hingga 5 patah perkataan
§  Bilangan suku kata dalam sebaris,8 hingga 11 suku kata.
§  Rima akhir tetap,iaitu a-a.
§  Setiap baris mempunyai jeda.
§  Gurindam ini bernada patriotik.
§  Sejenis gurindam non-naratif.
§  Keseluruhan idea merupakan satu kesatuan idea.


NILAI-NILAI ESTETIKA :
·        Ansonansi
- pengulangan vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat
- contoh : rangkap 1,vokal a
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Aliterasi
-          Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
-          Contoh : rangkap 2,konsonen d
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

·        Simile
-          Perbandingan yang setara menggunakan perkataan bagai,bak,umpama,seperti
-          Contoh : rangkap 1 baris 2
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Metafora
-          Abstrak dan konkrit
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja,


·        Anafora
-          Pengulangan kata di awal baris
-          Contoh : rangkap 2 baris 2 dengan rangkap 3 baris 2,rangkap 4 baris 2,dan rangkap 5 baris 2.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

·        Inversi
-          Kata yang diterbalikkan tanpa mengikut tatabahasa
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja

-          Rangkap 3 baris 1
Hukum adil atas rakyat

-          Rangkap 5 baris 1
Hormat akan orang pandai


NILAI MASYARAKAT :
o   Nilai masyarakat yang taat kepada raja.
o   Nilai masyarakat yang hormat akan orang yang berilmu pengetahuan.
o   Nilai masyarakat yang suka mengasihi orang.


PERSOALAN :
§  Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja.
-          Rakyat yang setia kepada raja dapat memudahkan serta melancarkan segala
urusan.
§  Persoalan kesefahaman antara pentadbir.
-          Persefaham antara menteri dan raja akan melancarkan urusan perihal negera serta menjadikan negera aman.
§  Persoalan keadilan raja terhadap rakyat.
-          Raja yang adil akan sentiasa dapat pertolongan dari rakyatnya.
§  Persoalan mengasihi orang beriman.
-          Orang yang mengasihi orang yang beriman akan mendapat kerahmatan.
§  Persoalan menghormati orang yang berilmu.
-          Apabila menghormati orang yang pandai,kita dapa membezakan antara baik da buruk.

FUNGSI :
o   Memberi pengajaran atau didikan.
Ø Memberi didikan supaya mentaati raja.
Ø Mengajar supaya menghormati orang berilmu pengetahuan.
o   Menasihati supaya raja dan rakyat sentiasa bemuafakat dan berkerjasama.
Ø Kerjasama yang baik antara raja dan rakyat dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.
o   Sebagai alat kawalan sosial.
Ø Supaya raja dan menteri bersatu padu.
Ø Supaya rakyat taat kepada raja dan pemerintah.


No comments:

Post a Comment