Saturday 14 July 2012


TEROMBA

Latar belakang teromba :
susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.
- adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat serta
  peraturan dan norma-norma hidup masyarakat tentang undang-undang adat yang
  diamalkan.

Ciri-ciri teromba :
Ø  Aspek bentuk :
·        Bebas atau tidak terikat.
·        Mengandungi 7 rangkap.
·        Jumlah baris serangkap tidak tetap;
-         Rangkap 1 :- 14 baris
-         Rangkap 2 :-  16 baris
-         Rangkap 3 :- 22 baris
-         Rangkap 4 :- 6 baris
-         Rangkap 5 :- 17 baris
-         Rangkap 6 :- 7 baris
-         Rangkap 7 :- 9 baris
·        Rima akhir tidak tetap
·        Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang
·        Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang
·        Kadangkala terdapat penggunaan peribahasa
Ø  Aspek isi kandungan :
·        Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat
·        Khusus tentang udang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan


Fungsi teromba :
o   Memberi panduan serta didikan tentang cara hidup masyarakat melalui adat,peraturan dan undang-undang
o   Membentuk dan membina masyarakat yang harmoni





TEROMBA ADAT

Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.

Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.

Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.

Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.

Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.

Ke darat Adat Pepatih,
Ke laut Adat Temenggung.

Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah.

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi Kitab Allah.



MAKSUD
Rangkap 1 : hidup seseorang sentiasa dipenuhi adat,apabila mati akan dikebumikan dalam tanah.
Rangkap 2 : adat tidak akan pernah luput tidak seperti kain yang sentiasa dipakai yang akan usang.
Rangkap 3 : adat yang baik perlu diamalkan manakala adat yang buruk perlu dijauhi.
Rangkap 4 : susah dan senang bersama-sama.
Rangkap 5 : mencari peluang di tempat lain.
Rangkap 6 : menunjukkan perbezaan adat.
Rangkap 7 : perbezaan tatacara hidup.
Rangkap 8 : adat berdasrkan hukum,hukum kehidupan berteraskan Kitab Allah.

CIRI-CIRI
o   Ada 8 rangkap
o   1 rangkap 2 baris
o   1 baris terdiri daripada 2-4 patah perkataan
o   Bilangan suku kata dalam sebaris ialah 6-9 suku kata
o   Rima akhir a-b,kecuali pada rangkap 4 iaitu a-a
o   Teromba tidak tetap
TEMA
Ø  Kepentingan adat dalam kehidupan.
-          Adat dianggap sesuatu yang penting dalam hidup masyarakat.

PERSOALAN
        i.            Persoalan adat yang tidak dibawa mati.
      ii.            Persoalan adat lama yang dilupakan.
    iii.            Persoalan adat baik yang sentiasa diikuti.
    iv.            Persoalan perbezaan adat.
      v.            Persoalan perbezaan tatasusila.
    vi.            Persoalan adat berlandaskan hukum Allah.

NILAI ESTETIKA
·        Ansonansi (pengulangan vokal;a,e,i,o,u )
Rangkap 1 baris 2           “mati dikandung tanah “
                                         (pengulangan vokal a sebanyak 4 kali)

·        Aliterasi (pengulangan konsonen )
Rangkap 2 baris 2            “kain dipakai usang “
                                        (pengulangan konsonen k sebanyak 2 kali )

·        Personafikasi (sifat manusia)
Rangkap 3 baris 2                 “undang kelintasan “

·        Anafora (pengulangan awal baris )
Rangkap 3              “ yang elok dipakai,
                                 “yang buruk dibuang”
Rangkap 6 dan 7 = “ke”

·        Responsi (pengulangan di tengah baris ayat )
Rangkap  1            “hidup dikandung adat,
                                  Mati dikandung tanah.”

Rangkap 2                “adat dipakai baru,
                                    Kain dipakai usang.”

2 comments: