Saturday 14 July 2012


TALIBUN

Latar belakang talibun:
-puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa.
-umumnya terdapat dalam genre lipur lara.
-sejenis puisi Melayu berbentuk bebas.
-digunakan sebagai sisipan/selingan dalam cerita lipur lara.

Ciri-ciri talibun :
·        Struktur berbentuk bebas
·        Dalam serangkap talibun tidak mempunyai
                                i.            Jumlah baris
                              ii.            Jumlah suku kata yang seimbang
                            iii.            Sistem rima tertentu
·        Dalam seuatu untai talibun mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun,syair dan sebagainya tetapi sisipan ini dianggap sebahagian  daripadan rangkap talibun.
·        Isi dan tema sesuatu talibun berhubungan dengan pemeerian yang dilukiskan dalam konteks.
·        Penggunaan bahasa pengulangan menjadi lumrah dalam pembentukan.


Fungsi talibun :
·        Sebagai sisipan dalam sesebuah cerita lipur lara.
·        Dalam sesebuah cerita,talibun berfungsi sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.





KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI


MAKSUD TALIBUN

Memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada. Keadaan kawasan negeri mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain. Perkataan medan dan rantau boleh diertikan sebagai kawasan dan persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah.

Tebing pula dilihat indah bagai diraut menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil seperti pasir.

Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan sumber negeri. Kegunaannya adalah pelbagai perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu objek atau boleh juga menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain  batu juga boleh berfungsi untuk kegunaan lain.

Balam dalam puisi tersebut boleh ditafsirkan sejenis pokok kayu. Balam berfungsi sebagai bahan yang menjadi sasaran batu. Sekiranya batu gagal mencapai sasarannya, ia masih tetap berguna apabila jatuh ke tanah semula. Mungkin sekurang-kurangnya menjadikan tanah yang ada diliputi oleh batu-batan.

Perkataan ibu ayam memberi maksud ketua negeri yang sering berdoa akan keselamatan penduduk negeri daripada ancaman musuh. Manakala helang menggambarkan ancaman yang mungkin dihadapi oleh penduduk negeri. Punai tanah pula ialah penyelamat penduduk negeri yang mampu menghalang serangan helang yang ganas.

Hasil negeri makmur diibaratkan seperti pokok kundur dan labu. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak.

Mencari rezeki yang di negeri yang makmur boleh didapati di mana-mana tempat samada di darat maupun di lautan. Malah hasil ternakan begitu banyak termasuk lembu dan kerbau.
Sumber-sumber persekitaran secara semula jadi begitu banyak di hutan. Suasana persekitaran dalam negeri tersebut juga begitu nyaman dan dingin sesuai dengan keindahan negeri.


CIRI-CIRI TALIBUN
·        Merupakan 1 rangkap
·        Mempunyai 20 baris
·        3-4 patah perkataan sebaris
·        Jumlah suku kata dalam sebaris ialah 8-15 suku kata
·        Rima akhir talibun ini adalah bebas
·        Talibun tidak terikat
·        Keseluruhan rangkap merupakan satu kesatuan idea

TEMA
o   Keindahan dan kemakmuran sesebuah negeri.

PERSOALAN
·        Persoalan keindahan sebuah negeri
-          Negerinya indah dan luas dengan tebing yang tinggi dari aras laut,pasirnya cantik dan batu yang pelbagai saiz.

·        Persoalan kemakmuran sebuah negeri
-          Negeri  Teluk Bidung Kota Lama terdapat banyak sumber rezeki seperti ayam,itik,lembu dan kerbau.
·        Persoalan rezeki yang terdapat di banyak tempat
-          Rezeki yang terdapat di merata tempat seperti cari di laut beroleh di laut,cari di darat beroleh di darat.

NILAI ESTETIKA

v Ansonansi  (pengulangan huruf vokal;a,e,i,o,u )

“ Medannya indah bukan kepalang “
( baris di atas adalah pengulangan vokal a sebanyak 4 kali )

v Aliterasi (pengulangan huruf konsonen)

“ rantaunya luas bagai dibentang “
( baris dia atas adalah pengulangan konsonen n sebanyak 4 kali )
v Anafora  (pengulangan di awal baris )
Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut

v Responsi (pengulangan di tengah baris )
Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah

Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut

Baris 16,17 dan 18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan

v Epifora (peguloangan di akhir baris)
Baris 6 dan 7
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam

Baris 8 dan 10
Jikalau tidak ke tanah
Helang disambar punai tanah

v Simile (perumpamaan seperti,bak,bagai,umpama )
Baris 2 dan 3
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut

Baris 11
Seumpama kundur dengan labu
Baris 19
Sejuk dingin seperti ular cintamani

v Hiperbola (menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan )
Baris  1             “medannya indah bukan kepalang “
Baris 2              “rantaunya luas bagai dibentang “
Baris 3               “tebingnya tinggi bagai diraut “
Baris 4               “pasirnya serong bentuk taji “

v Personafikasi (sifat manusia )
Baris 9            “menderu selawat ibu ayam “
Baris 13          “negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah “


v Paradox (bertentangan )
Baris 11     “helang disambar punai tanah “
Baris 13     “kecilpohon besar buahnya “


NILAI MASYARAKAT
·        Masyarakat yang cinta akan keindahan
·        Masyarakat yang cinta akan kemakmuran
·        Masyarakat yang rajin mencari rezeki
·        Masyarakat yang beruntung/bertuah


3 comments:

  1. Salam sejahtera, ada tak maksud bagi setiap talibun tersebut? Saya sangat memerlukan setiap maksud bagi setiap baris. Terima kasih

    ReplyDelete