Saturday 14 July 2012


MANTERA

Latar belakang mantera :
-         Mantera merupakan kata- kata diucapkan untuk dapatkan sesuatu melalui kuasa ghaib(melalui mimpi)
-         Jampi – kata-kata tertentu yang diucapkanuntuk mendapatkan kesaktian(seperti menyembuhkan penyakit)
-         Mantera juga bermaksud sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawing atau bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai maksud dari segi kepercayaan lama(seperti dalam doa dan pendinding keselamatan dari pelbagai bencana) yang digunakan dalam upacara ritual,pemujaan kepada penunggu dan semangat

Ciri-ciri mantera :
Ø  Aspek bentuk :
ü  Bebas atau tidak terikat
ü  Jumlah baris dalam satu rangkap bebas
ü  Jumlah rangkap bagi satu-satu manera juga bebas
ü  Rima akhir bebas/tidak ada skema rima tertentu
Ø  Aspek isi :
ü  Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian betujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana
ü  Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis dalam upacara-upacara tertentu serta besifat kudus atau menyelami soal kebatinan
Ø  Aspek bahasa :
ü  Kata-kata yang dapat memberikan kesan gambaran tertentu seperti gambaran alam smulajadi,benda-benda tingkah laku,perbuatan,perasaan.sentuhan,bunyi atau pendengaran
ü  Kaya dengan bahasa perbandingan,kata-kata pengulangan,kiasan atau kiasan bahasa atau metafora

Jenis mantera :
o   4 jenis berdasarkan tujuan mantera :
v Perubatan
v Pakaian diri
v Pekerjaan
v Adat istiadat

Fungsi mantera :
o   Menyembuhkan penyakit
o   Menghalau makhlus halus yang mengggangu kehidupan manusia
o   Sebagai pemanis,pengasih atau pembenci
o   Digunakan dalam upacara-upacara seperti adat istiadat



MANTERA ULIT MAYANG

FUNGSI MANTERA
·        Untuk tujuan perubatan tradisional melayu.
·        Untuk hiburan masyarakat zaman dahulu.
·        Dijadikan sebagai persembahan kesenian tradisional.

NILAI KEMASYARAKATAN
·        Nilai masyarakat yang percaya akan benda-benda khurafat.
·        Nilai masyarakat yang percaya kepada penggunaan jin.
·        Nilai masyarakat yang amalkan adat turun temurun.

CIRI-CIRI MANTERA
·        Ada 7 rangkap
·        1 rangkap ada 8 baris kecuali rangkap 7 ada 4 baris
·        3-5 patah perkataan sebaris
·        Jumlah suku kata 7-11 suku kata dalam sebaris
·        Rima bebas kecuali rangkap 1
·        Bahasa mantera dianggap bahasa keramat


NILAI ESTETIKA
o   Ansonansi (pengulangan vokal;a,e,i,o,u )
Rangkap 1 baris 5        “ Seri Menapak nama daunmu “
                                                   Baris diatas pengulangan vokal a sebanyak 5 kali

o   Aliterasi (pengulangan konsonen )
Rangkap 2 baris 1                  “ umbut mayang diumbuk”
                                      Baris diatas pengulangan konsonen m sebanyak 3 kali

o   Anafora ( pengulangan di awal baris )
Rangkap  1 baris 1 dan 8 = “aku”
Rangkap 1 baris 2-7 = “seri”
Aku tahu asal usulmu
Seri Bersila nama asalmu
Seri Berdiri nama batangmu
Seri Hidup asal usulmu
Seri Menampak nama daunmu
Seri Guntur nama bungamu
Seri Gintir nama buahmu
Aku tahu asal usulmu.
Rangkap 2 = “umbut “, “ulit “, “puteri “

o   Responsi (pengulangan tengah ayat )
Rangkap 2 baris 1 dan 3 = “mayang “
Rangkap 2 baris 2 dan 4 = “dengan”
Rangkap 2 baris 5-8 = “dua”
Umbut mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning.

o   Repitasi (pengulangan sebaris ayat )
Rangkap 1 baris 1 dan baris 8 = “aku tahu asal usulmu “
Rangkap 2,3,4,5 dan 6 baris 1-3 = “umbut mayang di umbuk”
                                                            “umbut dengan jala jemala”
                                                            “ulit mayang diulit”



MANTERA MENDUDUKI RUMAH BARU

TEMA
·        Adat menduduki rumah baru agar tuan rumah tidak ditimpa kecelakaan.

PERSOALAN
·        Persoalan memohon pertolongan daripada Allah supaya melindungi rumah baru daripada ditimpa bencana.

CIRI-CIRI
·        1 rangkap
·        17 baris
·        1 baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan
Contoh : baris 13 “barangku citaku perolehi” (3 patah perkataan)
                 Baris 2  “tepung tawar tepung jati” (4 patah perkataan)
·        Bilangan suku kata 6 hingga 14 suku kata
Contoh : baris 16  “dengan berkat doa” (6 suku kata)
                Baris 17   “la ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah” (14 suku kata)
·        Mantera tidak terikat
·        Rima akhir bebas
·        Mantera berbentuk naratif

NILAI MASYARAKAT
·        Masyarakat yang mementingkan adat
-          Penggunaan mantera apabila ingin mendudukirumah baru.
·        Masyarakat yang mempercayai pegangan agama masing-masing.
-          Masyarakat yang berpengang pada agama Islam.
·        Masyarakat yang menaruh harapan yang positif.
-          Masyarakat yang berharap agar rumah yang baru diduduki itu terselamat daripada sebaarang bencana.

FUNGSI MANTERA
·        Bertujuan untuk melindungi/memagari rumah baru daripada semangat jahat.


NILAI ESTETIKA
·        Penggunaan bahasa arab
-         Contoh : baris 1 dan 17
Bismi’llahi’I-Rahmani’I-Rahim
La ilaha ‘illalah, Muhammad Rasulullah

·        Ansonansi
-          Contoh : baris 1    “tepung tawar tepung jati”
                            (pengulangan vokal a sebanyak 3 kali)

·        Aliterasi
-          Contoh : baris 1      “tepung tawar tepung jati”
                               (pengulangan konsonen t sebanyak 4 kali)

·         Anafora
-          Contoh : baris 5-7  “jangan sakit jangan mati”
                                  “jangan cela jangan binasa”
                                  “jangan punah jangan ranah”

·        Responsi
-          Contoh : baris 5-7   “jangan sakit jangan mati”
                                  “jangan cela jangan binasa”
                                  “jangan punah jangan ranah”

·        Epifora
-          Contoh : baris 3 dan 9   “ketiga dengan tepung kedangsa”
                                          “ketiga dengan tepung kedangsa

·        Repitasi
-          Contoh : baris 2 dan 8   “tepung tawar tepung jati”

·        Hiperbola
-          Contoh : baris 10  “naik emas berkati-kati”
                Baris 11   “naik orang beribu laksa”

·        Kata ganda
-          Contoh : baris 10   “naik emas berkati-kati
·        Personafikasi
-          Contoh : baris 10  “naik emas berkati-kati”


PENGAJARAN
·        Kita hendaklah memohon perlindungan Allah S.W.T supaya jauh daripada kecelakaan atau perkara buruk.

2 comments:

  1. terima kasih cikgu . blog cikgu amat membantu saya mengulangkaji.

    ReplyDelete
  2. ASSALAUMALAIKMU SIS MIERA ..MANTERA ULIK MAYANG TIADA TEMA EA?

    ReplyDelete