TALIBUN
Latar belakang talibun:
-puisi
berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa.
-umumnya
terdapat dalam genre lipur lara.
-sejenis puisi
Melayu berbentuk bebas.
-digunakan
sebagai sisipan/selingan dalam cerita lipur lara.
Ciri-ciri talibun :
·
Struktur
berbentuk bebas
·
Dalam
serangkap talibun tidak mempunyai
i.
Jumlah
baris
ii.
Jumlah
suku kata yang seimbang
iii.
Sistem
rima tertentu
·
Dalam
seuatu untai talibun mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain
seperti pantun,syair dan sebagainya tetapi
sisipan ini dianggap sebahagian
daripadan rangkap talibun.
·
Isi
dan tema sesuatu talibun berhubungan dengan pemeerian yang dilukiskan dalam
konteks.
·
Penggunaan
bahasa pengulangan menjadi lumrah dalam pembentukan.
Fungsi talibun :
·
Sebagai
sisipan dalam sesebuah cerita lipur lara.
·
Dalam
sesebuah cerita,talibun berfungsi sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan
memperjelaskan perlukisan tersebut.
KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI
MAKSUD
TALIBUN
Memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota
Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada.
Keadaan kawasan negeri mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat
lain. Perkataan medan dan rantau boleh diertikan sebagai kawasan dan
persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah.
Tebing pula dilihat indah bagai diraut menambah
keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga
boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Disebut
juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil
seperti pasir.
Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk
dimanfaatkan bagi mendapatkan sumber negeri. Kegunaannya adalah pelbagai
perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu objek atau boleh juga
menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain batu
juga boleh berfungsi untuk kegunaan lain.
Balam dalam puisi tersebut boleh ditafsirkan
sejenis pokok kayu. Balam berfungsi sebagai bahan yang menjadi sasaran batu.
Sekiranya batu gagal mencapai sasarannya, ia masih tetap berguna apabila jatuh
ke tanah semula. Mungkin sekurang-kurangnya menjadikan tanah yang ada diliputi
oleh batu-batan.
Perkataan ibu ayam memberi maksud ketua negeri yang
sering berdoa akan keselamatan penduduk negeri daripada ancaman musuh. Manakala
helang menggambarkan ancaman yang mungkin dihadapi oleh penduduk negeri. Punai
tanah pula ialah penyelamat penduduk negeri yang mampu menghalang serangan
helang yang ganas.
Hasil negeri makmur diibaratkan seperti pokok
kundur dan labu. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan buah yang
banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri
yang mempunyai hasil mahsul yang banyak.
Mencari rezeki yang di negeri yang makmur boleh
didapati di mana-mana tempat samada di darat maupun di lautan. Malah hasil
ternakan begitu banyak termasuk lembu dan kerbau.
Sumber-sumber persekitaran secara semula jadi
begitu banyak di hutan. Suasana persekitaran dalam negeri tersebut juga begitu
nyaman dan dingin sesuai dengan keindahan negeri.
CIRI-CIRI TALIBUN
·
Merupakan
1 rangkap
·
Mempunyai
20 baris
·
3-4
patah perkataan sebaris
·
Jumlah
suku kata dalam sebaris ialah 8-15 suku kata
·
Rima
akhir talibun ini adalah bebas
·
Talibun
tidak terikat
·
Keseluruhan
rangkap merupakan satu kesatuan idea
TEMA
o Keindahan dan kemakmuran sesebuah negeri.
PERSOALAN
·
Persoalan
keindahan sebuah negeri
-
Negerinya
indah dan luas dengan tebing yang tinggi dari aras laut,pasirnya cantik dan
batu yang pelbagai saiz.
·
Persoalan
kemakmuran sebuah negeri
-
Negeri
Teluk Bidung Kota Lama terdapat banyak
sumber rezeki seperti ayam,itik,lembu dan kerbau.
·
Persoalan
rezeki yang terdapat di banyak tempat
-
Rezeki
yang terdapat di merata tempat seperti cari di laut beroleh di laut,cari di
darat beroleh di darat.
NILAI ESTETIKA
v Ansonansi (pengulangan huruf vokal;a,e,i,o,u )
“ Medannya indah bukan kepalang
“
( baris di atas adalah pengulangan
vokal a
sebanyak 4 kali )
v Aliterasi (pengulangan huruf
konsonen)
“ rantaunya luas bagai dibentang
“
( baris dia atas adalah pengulangan
konsonen n
sebanyak 4 kali )
v Anafora (pengulangan di awal baris )
Baris
7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Baris
14 dan 15
Cari
di darat boleh di darat
Cari di
laut boleh di laut
v Responsi (pengulangan di tengah baris
)
Baris
7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Baris
14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Baris
16,17 dan 18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah
padang
Gajah badak penuh tengah
hutan
v Epifora (peguloangan di akhir baris)
Baris
6 dan 7
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Baris
8 dan 10
Jikalau tidak ke tanah
Helang disambar punai tanah
v Simile (perumpamaan
seperti,bak,bagai,umpama )
Baris
2 dan 3
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Baris
11
Seumpama kundur dengan labu
Baris
19
Sejuk dingin seperti ular cintamani
v Hiperbola (menyatakan sesuatu secara
berlebih-lebihan )
Baris
1 “medannya indah bukan kepalang “
Baris
2 “rantaunya luas bagai
dibentang “
Baris
3 “tebingnya tinggi bagai
diraut “
Baris
4 “pasirnya serong bentuk
taji “
v Personafikasi (sifat manusia )
Baris
9 “menderu selawat ibu ayam “
Baris 13 “negerinya beruntung Bandar rayanya
bertuah “
v Paradox (bertentangan )
Baris
11 “helang disambar punai tanah “
Baris 13 “kecilpohon besar buahnya “
NILAI MASYARAKAT
·
Masyarakat
yang cinta akan keindahan
·
Masyarakat
yang cinta akan kemakmuran
·
Masyarakat
yang rajin mencari rezeki
·
Masyarakat
yang beruntung/bertuah
Salam sejahtera, ada tak maksud bagi setiap talibun tersebut? Saya sangat memerlukan setiap maksud bagi setiap baris. Terima kasih
ReplyDeleteHai
ReplyDeleteHye 😊
Delete